Amerika Syarikat
mempunyai ramai tokoh Presiden yang ternama dan memberi sumbangan terhadap masyarakat
Amerika Syarikat dan dunia. Tokoh yang paling terkenal dan kontroversi dalam sejarah
Ameika Syarikat adalah Abraham Lincoln. Abraham Lincoln digelar ‘Honest Abe’
atau ‘Illinos Rail Splitter’.[1]
Abraham Lincoln dikenali sebagai seorang pejuang demokrasi dan hak Asasi dalam
dunia amnya atas kesungguhan dan kejayaan membebaskan hamba abdi di Amerika
Syarikat. Abraham Lincoln di lahirkan pada 12 Februari 1809 di Hardin Country,
Kentucky, Amerika Syarikat. Ibunya pula telah meninggal dunia sewaktu Abraham
Lincoln berumur Sepuluh tahun.
“ I was born Feb. 12, 1809, in
Hardin Country, Kentucky. My parents were
both born in Virginia, of undistinguished families – second families,
perhaps
i should say. My mother, who died in my tenth year,….”[2]
Semasa berusia 19 tahun
beliau bekerja memunggah barang – barang dari bot di New Orleans dan menyaksikan sendiri
bagaimana penderitaan yang dihadapi oleh hamba abdi.[3]
Keadaan ini memberi keazaman bagi beliau untuk membebaskan hamba abdi. Semasa
menjadi juruukur dan ketua pos di New Salem, Illionis, beliau mempelajari
undang – undang dan pandai dalam perbahasan dengan cara yang lemah lembut
sehingga menjadi terkenal. Pada tahun 1834 Abraham Lincoln telah menduduki
kerusi dewan Illinois semasa berumur 25 tahun dan pada tahun 1846 beliau
dipilih menjadi seorang Ahli Kongres Amerika Syarikat,[4]
maka bermulalah perjuangan beliau dalam membebaskan hamba abdi.
Perhambaan menjadi suatu isu duri dalam daging sejak
penubuhan Amerika Syarikat. Isu yang telah bertapak lama ini menjadikan
masyarakat Amerika berpecah kepada dua iaitu mereka yang menyokong kepada
perhambaan dan mereka yang menentangnya. Henry Clay sebagai seorang tokoh yang
berpengaruh telah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesatuan
melalui kompromi Missouri dalam tahun 1820 dan kompromi 1850.[5]
Isu perhambaan menjadi isu penting kerana semasa Deklarasi Kemerdekaan semua
manusia adalah sama, tidak wujud kelas diantara satu sama lain. Namun ia
menjadi sesuatu yang bertentangan dengan Deklarasi Kemerdekaan apabila negeri –
negeri dalam Amerika Syarikat khususnya negeri – negeri di selatan yang masih
mengamalkan sistem perhambaan.
“The
noble statement made by Jefferson in the ‘Declaration of Independence’
about all people being equal was contradicted
by the fact that there were
slaves in the US.”[6]
Kemunculan Abraham
Lincoln dalam arena politik di Amerika Syarikat pada tahun 1946 adalah kemuncak krisis perhambaan. Perjuangan bagi
menuntut hak kebebabasan sama rata dan penghapusan hamba abdi boleh dilihat
dalam reformasi sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Amerika Syarikat
pada masa itu. Gerakan antiperhambaan juga telah diwujudkan antaranya The American Anti-Slavery Society (Pertubuhan
Antiperhambaan Amerika) pada tahun 1833.[7] Abraham
dengan lantang menentang amalan perhambaan ini semasa dipilih menjadi ahli
kongres pada tahun 1946. Namun kelantangan beliau ditentang oleh ahli kongres
yang lain dan dalam pemilihan kongres yang seterusnya beliau tidak terpilih.
Semasa tahun 1954 isu perhambaan hangat dibincangkan. Pada tahun 1954 telah
diwujudkan Akta Kansas- Nebraska dimana Stephen A. Douglas mencadangkan isu
perhambaan ini diselesaikan oleh rakyat bagi setiap negeri.Akta ini juga
membenarkan hamba abdi dibawa ke wilayah barat khususnya ke Nebraska. Akta ini
telah membatalkan Kompromi Missouri (1820-1821) dan membawa kepada pengasasan
dua buah negeri iaitu Kansas dan Nebraska.[8]
Sebenarnya rakyat di Nebaraska sejak awal lagi telah mempunyai satu pentadbiran
yang tersendiri khususnya tidak membenarkan amalan perhambaan.
“this was situation in January 1854, when senator
Douglas, Chairman of the committee on territories, introduced what looked like
a routine bill organizing the land west of Missouri and Iowa as Nebraska
territory. Since settlers were beginning to trickle into the area, the time had
clearly arrived to set up a civil administration,…..”[9]
Namun Douglas tetap
juga menyokong akta ini kerana hamba yang dibawa kebarat penting kepada pembangunan
khususnya kepada pembinaan jalan keretapi. Cadangan membawa hamba abdi ke barat
ini telah ditentang oleh penduduk Nebraska sehingga wujudnya perang saudara
Nebraska dan Kansas yang telah menghancurkan Kansas. Kansas menyokong kepada
amalan perhambaan.
“Douglas miscalculation of northern sentiment was monumental.Word that the
West was to be reopened
to slavery caused indignant outcry”[10]
Keadaan bertambah buruk
dengan keputusan Mahkamah Agung Amerika yang mencadangkan bahawa Hamba Abdi
sebagai Aset dan bukan warganegara. Keputusan Mahkamah Agung ini yang telah
mengukuhkan perlembagaan telah mendapat
bantahan dari rakyat di utara namun disokong oleh rakyat di selatan. Krisis ini
membawa kepada berlakunya peperangan.
Abraham Lincoln telah menentang cadangan Stephen Douglas,
kelantangannya menyebabkan beliau dicalonkan sebagai calon Presiden Amerika
Syarikat mewakili parti Republikan yang baru ditubuhkan.
“The new party
nominated Lincoln as its candidate for the U.S. Senate,. He had prepared his
acceptance speech well, debating in his mind whether or not to use emotionally
arousing phrase “house divided”.[11]
Beliau telah
menyuarakan pandangan – pandangan beliau iaitu tidak mempersoalkan amalan
perhambaan di negeri asal namun mahu menghalang amalan ini berkembang dan
seterusnya pupus terutamanya dalam ucapannya House divided pada Jun 1858
di Springfield,Illinois,
“A house divided
against itself cannot stand.” I believe this government cannot endure,
permanently half slave and half free. I do not expect the Union to be
dissolved- I do not expect the house to fall- but I do expect it will cease to
be divided”.[12]
Dalam pilihanraya presiden 1860 Abraham Lincoln telah
berjaya menewaskan Stephen Douglas dan John C. Breckinridge kedua – duanya dari
parti Demokrat. Abraham Lincoln telah mendapat 1,866,452 manakala Stephen
Douglas mendapat 1,375,15, dan John C Breckinridge hanya mendapat kurang
separuh undi Abraham Lincoln.[13] Dengan
kemenangan Abraham Lincoln negeri – negeri di selatan bermula Carolina Selatan
mengisytiharkan keluar dari Kesatuan Amerika. Gerakan pemisahan bermula dan
delegasi dari tujuh buah negeri yang terpisah telah berkumpul di Montgomery
bagi menubuhkan Persekutuan Amerika (confederate State of America).
Abraham Lincoln bukan sahaja menghadapi gerakan pemimsahan ini malah
penentangan dari pihak abolitionist, mereka yang anti perhambaan dan
konservatif di utara yang menaggap beliau terlalu berlembut.[14]
“When Lincoln took
office, Congress was splintered into several factions thaht reflected the
divisions within the country: the radically antislavery, the antislavery, those
who would accept the idea of the right of state to secede, those who want wed
to remain neutral, those who would accept slavery, and those who favoured
slavery”.[15]
Keadaan Amerika
Syarikat yang berpecah belah ini menjadi cabaran kepada Abraham Lincoln.
Tumpuan Abraham Lincoln yang paling utama adalah menyelamatkan Kesatuan Amerika
Syarikat.
“President Lincoln’s
immediate focus was on preserving the nation. To him, the Union was still a
Union though undergoing a state of rebellion.”.[16]
Semasa pemahsyuran
beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 4 mac 1861, Abraham Lincoln
menegaskan pemisahan bukannya pilihan, Kesatuan adalah kekal dan muktamad.
Abraham Lincoln menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan campurtangan
dalam isu hamba abdi bagi negeri – negeri yang mengamalkannya.
“I have no purpose,
directly or indirectly, to interfere with the institution of slavery in the States
where it exists. I believe I have no lawful right to do so, and I have no
inclination to do so….”[17]
Jelas menunjukkan
bahawa Abraham Lincoln tidak mahukan perpecahan dalam Kesatuan Amerika. Abraham
Lincoln tidak bertegas dalam Isu penghapusan perhambaan asalkan Kesatuan dapat
dipertahankan. Tindakan Abraham Lincoln ini dianggap sangat lembut oleh pihak
Konservatif di Utara yang mahukan perhambaan ini dihapuskan dari Kesatuan
Amerika. Abraham Lincoln juga sedar akan bahaya perhambaan apatah lagi deklarasi Kemerdekaan Amerika 1776 yang
memberikan hak samarata kepada semua masyarakat Amerika Syarikat. Beliau
sebagai Presiden menghadapi keadaan yang sukar. Perang saudara adalah perkara
yang paling dibencikan dan dielakkan oleh itu beliau mengutamakan persoalan
tentang mempertahankan Kesatuan. Kesatuan adalah isu pertama yang harus diberi
keutamaan.Manakala isu perhambaan adalah isu yang kedua. Tindakan ini bagi
mempertahankan Kesatuan Amerika Syarikat yang telah berpecah belah. Presiden Lincoln
tidak mahukan peperangan. Peperangan yang terletus akan merumitkan lagi keadaan
bagaimana beliau mahu mengekalkan Kesatuan dan dalam masa yang sama memastikan
kejayaan.
“He could have either
saved or destroyed the union without a human contest. Yet the contest began.
And having begun He could give the final victory to either side any day. Yet
the contest proceeds,”[18]
Perang saudara yang
berlaku telah membawa banyak perubahan dan pembangunan teknologi pengeluaran,
komunikasi dan pengangkutan. Abraham Lincoln selaku Presiden tidak pernah
terlibat dengan mana – mana peperangan telah memainkan peranannya sebagai ketua
turus angkatan tentera dan mengendalikan peperangan dengan bijaksana sehingga
membawa kepada kemenangan Kesatuan. Peperangan ini juga bukan sahaja memberi
kesan seperti kematian yang besar kepada kedua – dua belah pihak malah
menonjolkan sumbangan Abraham Lincoln dalam mengadakan akta – akta yang baru
bagi menyelamatkan Kesatuan Amerika Syarikat. Dalam menghadapi peperangan ini
Abraham Lincoln telah mengasaskan sistem bank-bank negara melalui Akta Bank
Negara, menaikkan tarif untuk hasil, mengenakan cukai pendapatan yang pertama, mengeluarkan
bon yang bernilai beratus-ratus juta dolar serta wang kertas negara yang
pertama , menggalakkan imigrasi dari Eropah, memulakan landasan rentas benua
bagi mengangkut angkatan tentera, penubuhan suruhanjaya kebersihan pada tahun
1961 dan yang terpenting pada 1 januari 1963 Lincoln mengeluarkan “Proklamasi
Emansipasi” yang membebaskan hamba – hamba abdi. Tindakan Lincoln ini
menyebabkan peperangan bukan lagi hanya menyelamatkan Kesatuan malah menjadi
perseteruan bagi membebaskan perhambaan di Selatan. Sepanjang peperangan ,
lebih setengah juta hamba abdi lari ke utara dan ramai yang mendaftar sebagai
tentera Kesatuan.[19] Menjelang
1865 Lincoln memutuskan bahawa perhambaan dihapuskan sepenuhnya iaitu setelah
pihak Kesatuan memenangi peperangan dan menyatukan kembali Amerika Syarikat.
Pindaan Perlembagaan ke 13 pada januari 1865 adalah penawar bagi masalah
perhambaan dan pada 6 Disember 1865 barulah disahkan dengan Lincoln tidak
sempat mengesahkannya kerana beliau telah dibunuh bersama isteri beliau di Ford
Teater pada 14 April 1865. Pindaan Perlembagaan ke -13 adalah seperti berikut:
Section 1
“Neither slavery nor involuntary
servitude, except a punishment
forcrime whereof the party shall have
been duly convicted, shall exist within the United States,
or any place subject to their jurisdiction”[20]
Tindakan – tindakan Abraham Lincoln ini telah
berjaya menyatukan Amerika Syarikat yang berpecah belah pada masa itu dan
menyelamatkan kesatuan.
Pihak Kesatuan dibawah pimpinan Presiden Abraham Lincoln telah menyusun usaha peperangan dan
mendapatkan bantuan kewangan dengan memperkenalkan sistem kutipan cukai yang
pertama. Bagi pihak Konfederasi pula perjalanan peperangan adalah sukar dan
usaha mendapatkan sumber kewangan melalui cukai telah terlewat. Pihak Kesatuan
pula mempunyai jumlah penduduk yang ramai serta sumber yang banyak. Abraham
Lincoln pula menggunakan wayar telegraf yang mula dipasang di jabatan perang
bagi menyampaikan berita terkini tentang peperangan yang berlansung.[21]
Peperangan ini berakhir dengan kekalahan di pihak Konfederasi iaitu selepas
pertempuran Gettysburg dan Vicksburg.
“on taking
office, president Lincoln
said he depended on divine assistance for
the impossible task ahead. He emphasized that without
it, human efforts would fail. When he issued the following
proclamation, the Union armies had
won recent victories at Vicksburg and at Gettysburg
but Lincoln was realistic. He knew that
disheartening setbacks were likely ahead- and
the final outcome was still unclear”[22]
Presiden Lincoln telah
mengambil langkah yang perlu serta memikirkan dengan berhati – hati apakah
langkah yang seterusnya perlu dilakukan. Presiden Lincoln juga telah merancang pembentukan
semula serta menumpukan pembangunan semula bagi golongan yang bermasalah.
Beliau juga menyarankan kepada semua rakyat Amerika melupakan segala peristiwa
yang telah berlaku dan memberi tumpuan bagi membina negara Amerika. Beliau juga
tidak jelas apa yang akan berlaku pada masa akan datang, oleh itu beliau
mengambil langkah berhati – hati bagi membentuk semula Amerika Syarikat. Berakhirnya
perang saudara maka pembentukan semula dilakukan dengan tempoh penyesuaian dari
tahun 1865 hingga 1877. Presiden Lincoln mula merancang untuk membawa semula
negeri – negeri yang terpisah untuk menyertai kesatuan.[23] Pada
bulan disember 1863, beliau membentangkan Proklamasi Pengampunan dan
Pembentukan Semula (Proclamation of Amnesty and Reconstruction).[24]
Melalui Proklamasi ini pengampunan diberikan kepada rakyat negeri – negeri
konfederasi dengan mengangkat sumpah taat setia kepada Amerika Syarikat. Negeri
– negeri Konfederasi juga boleh membentuk kerajaan sekiranya 10 peratus
daripada jumlah rakyat negeri yang berkenaan mengangkat sumpah. Lincoln juga
mencadangkan pindaan perlembagaan yang akan mewujudkan satu sistem secara
berperingkat. Pemilik hamba yang kehilangan hamba dan harta mereka akan dibayar ganti rugi apabila hamba
mereka dibebaskan. Melalui Pindaan Perlembagaan ke- 13 pada 31 Januari 1865,
telah berjaya menghapuskan sama sekali institusi perhambaan disemua negeri –
negeri dalam Amerika Syarikat.
Kesimpulan.
Sumbangan Abraham Lincoln kepada masyarakat Amerika
memang tidak dinafikan. Pendapat – pendapat yang mengatakan bahawa Abraham Lincoln
yang membawa kemusnahan dalam perang saudara di Amerika Syarikat dan kemudian
beliau menyatukan semula adalah tidak tepat. Walaupun Carolina Selatan memutuskan
untuk berpisah dari Amerika Syarikat setelah kemenangan Abraham Lincoln namun sebelum
Amerika Syarikat dikancah perang saudara lagi
telah berlaku perang saudara antara Nebraska dan Kansas sebelum Abraham
Lincoln menjadi Presiden. Perang saudara tersebut berpunca dari masalah
institusi perhambaan. Pihak Konfederasi pula yang memulakan peperangan dengan
menyerang kubu Fort Sumter pada 12 April 1861 dan bukanya pihak Kesatuan yang
diterajui Abraham Lincoln. Penubuhan Amerika Syarikat seusia dengan deklarasi
kemerdekaan yang masyarakat Amerika Syarikat sendiri menuntut hak kesaksamaan bagi semua penduduk di
Amerika Syarikat. Oleh itu tidak wujud golongan hamba dan bukan hamba. Abraham
Lincoln sedar akan bahaya yang akan dihadapi oleh Amerika Syarikat sekiranya
institusi perhambaan diteruskan dan tidak dihapuskan. Tekanan dari rakyat
Amerika sendiri yang mahu menghapuskan institusi perhambaan menguatkan lagi
perjuangan Abraham Lincoln. Melalui Perang Saudara yang berlaku banyak akta –
akta dan inovasi baru yang dicadangkan Abraham Lincoln, menjadikan Amerika
Syarikat berkembang maju. Sistem kesihatan, percukaian,perbankan, kewangan,
jalan keretapi, telegram dan sebagainya telah berkembang maju dan diteruskan
oleh generasi yang seterusnya. Memang tidak dinafikan bahawa perjuangan Abraham
Lincoln yang pada asalnya membebaskan hamba abdi telah menjadi perjuangan
menyatukan Kesatuan. Namun perjuangan menyatukan Kesatuan telah menjadi
perjuagan membebaskan hamba abdi diselatan setelah ribuan rakyat termasuk hamba
yang melarikan diri bertekad menghapuskan terus kerajaan Konfederasi dan
menyatukan Amerika Syarikat.
Bibliografi
Bruce Dennett dan Stephen Dixon, 2000, Key Features of Modern History,
South Melbourne : Oxford Prees.
John A. Garraty, 1966, The American Nation to 1877 A History of The
United States, New
York : American Heritage Publishing co.
L. Ostergard Philip, 2009,
Abraham Lincoln The Inspirational Wisdom of Abraham Lincoln, Mumbai : Jaico Publishing,
Matlob, 1998, Abraham Lincoln Bebaskan hamba Abdi Di Amerika,
Johor Bahru : Badan Bookstore,
Muhd. Nur Iman Ramli,
2012, Fail Sulit Presiden Amerika,
Batu Caves : PTS Publishing.
Syakila Yacob, 2005, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa,Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jurnal /Makalah/Internet
About America : The Constitution of the United States
of America with Explanatory notes, 2004, U.S Department State.
What is Democracy?, October 1991, U.S Department
State.
history.howstuffworks.com
[2]L.
Ostergard Philip, Abraham Lincoln The Inspirational Wisdom of Abraham
Lincoln, Mumbai : Jaico Publishing,
2009, h. 1
[3] Matlob, Abraham Lincoln Bebaskan
hamba Abdi Di Amerika, Johor Bahru : Badan Bookstore, 1992,h. 8
[4] L.
Ostergard Philip, op.cit, h. 14
[5] Syakila Yacob, Amerika Syarikat:
Pembentukan Negara Bangsa,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005., h. 89.
[6] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, Key
Features of Modern History, South Melbourne : Oxford Prees, 2000.,
h. 5.
[7] Syakila Yacob, op.cit.h. 90.
[9] John A. Garraty, The American
Nation to 1877 A History of The United States, New York : American Heritage
Publishing co, 1966., h. 383.
[11] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, “op.cit”.,
h. 83.
[13] Matlob, op.cit.,h. 18.
[14] Syakila Yacob, “op.cit.”h.
93.
[15] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, op.cit.,
h. 137
[19]
Syakila Yacob, op.cit. h. 97.
[20] About America : The Constitution of
the United States of America with Explanatory notes, U.S Department
State, 2004., h. 76.
[21] Muhd.
Nur Iman Ramli, op.cit. h. 106.
[23]
Syakila Yacob, op.cit. h. 101.
No comments:
Post a Comment