Tuesday, March 17, 2020

Pentingnya sumber sejarah


                   Prasasti Kedukan Bukit Sumber penting sejarah di Nusantara
Sejarah adalah satu cabang ilmu yang sangat penting baik dari segi ilmiah atau pun pembangunan negara. Salah satu buktinya ialah mewajibkan mata pelajaran Sejarah di sekolah hingga tingkatan lima. Di alam Melayu, istilah sejarah berasal dari perkataan Arab iaitu syajarah yang bererti pokok. Sesetengah sejarawan seperti Drs. T. Ibrahim Alfian dan Pyan Husayn mengatakan kemungkinan sejarah berasal dari perkataan syajaratun yang bermaksud pokok atau pohon yang akhirnya membawa erti salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul. Kenyataan tersebut mungkin ada kebenarannya kerana bangsa Arab memang suka membuat salasilah keluarga yang berbentuk pokok (Arba'iyah Mohd Noor; 2002: 5). Secara umumnya, sejarah adalah penyelidikan terhadap peristiwa masa lalu. Sejarawan pula menyelidiki rekod-rekod lalu bagi mengkaji sejarah atau peristiwa yang telah berlalu. Para pengkaji sejarah menggunakan sumber-sumber sejarah bagi menghasilkan penulisan sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah ini. Sumber-sumber sejarah ini pula telah wujud dalam pelbagai bentuk. Dengan kepelbagaian bentuk sumber dan jenisnya ini ada ahli sejarawan yang meragui sesetengah sumber sejarah itu dan menganggapnya hanya satu hiburan atau cerita khayalan yang dikarang oleh penulis seperti pendapat  J. C. Bottoms misalnya mengatakan bahawa orang Melayu, hinggalah ke abad 20, menganggap sejarah sebagai hiburan. Mereka tidak dapat membezakan antara kebenaran dan khayalan. Sehingga tahun 60an, buku-buku sejarah Malaysia seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu dan Tuhfat al-Nafis dianggap oleh kebanyakan sarjana-sarjana Barat sebagai tidak ilmiah dan tidak boleh dijadikan sebagai sumber sejarah. Tetapi pendapat-pendapat seperti ini telah dibetulkan oleh sejarawan-sejarawan Malaysia dan Barat hingga keutuhan sumber sejarah dalam bahasa Melayu diterima sebagai ilmiah (Zainal Abidin bin Abdul Wahid; 1999: 1).
Ilmu sejarah memerlukan sumber dan bukti untuk berdiri sebagai satu cabang ilmu. Dalam penyelidikan sejarah terdapat dua keperluan asas iaitu sumber dan bukti. Bagi golongan objektif pula ilmu sejarah tidak dapat berdiri tanpa sumber (Abdul Rahman; 1994: 69). Sumber sejarah sangat penting dalam menghasilkan satu penulisan sejarah. Apakah yang dikatakan sumber?. Menurut Muhd Yusof Ibrahim, sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Menurut Oxford English Dictionary, sumber bermaksud sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khususnya bersifat tulen dan asli) berkaitan dengan fakta, kejadian atau peristiwa tersebut. Manakala maksud sumber dalam Kamus Dewan, beerti keterangan atau bukti yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti seperti surat beranak, nikah dan lain-lain. Ahli sejarah pula seperti Collingwood mengatakan, sumber ialah “apa pun adalah bukti yang membolehkan anda untuk menjawab soalan anda”, bermaksud bahan-bahan yang menyediakan bukti berkenaan sesuatu yang dikaji. Garraghan pula mendefinisikan sumber sebagai disiplin sejarah yang merangkumi berbagai bentuk, jenis dan rupa. Suntharalingam pula berkata, sumber dalam sejarah sama maksudnya dengan ‘punca’, ‘dokumen’, ‘rekod’. Pada lazimnya sumber-sumber sejarah diertikan sebagai bahan yang bertulis atau bercetak. Secara am, sumber diertikan sebagai kumpulan bahan rujukan bagi kegunaan penyelidikan. Namun begitu bagi golongan subjektif pula berpendapat, sejarah tidak bergantung kepada autoriti sumber atau fakta, tetapi kepada pemikiran atau tafsiran terhadapnya. Sumber itu berbeza dengan ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan.tetapi sumber boleh dirujuk apabila diperlukan. Sumber juga dikatakan sebagai sekumpulan bahan yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya. Ia digunakan sebagai bahan bagi tujuan penyelidikan dalam semua bidang ilmu tidak terhad kepada bidang sejarah sahaja (Muhd Yusof ibrahim; 1986: 65). Sebenarnya sumber sejarah telah lama wujud dalam pelbagai bentuk samaada ditulis pada kertas, dipahat, diukir pada batu atau kayu dan sebagainya. Pada peringkat awal, sumber ialah sekumpulan bahan-bahan yang tersimpan di tempat yang khusus seperti arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana ataupun di rumah-rumah orang perseorangan. Sejarawan yang ingin melakukan penyelidikan haruslah mengesan serta mengenal pasti akan sumber-sumber yang diperlukan.
Dalam pengajian sejarah terdapat dua sumber, iaitu sumber pertama dan sumber kedua. Sumber pertama juga di sebut sumber primer ialah sumber yang terjadi pada masa tertentu dan diselidik oleh ahli sejarah.Ia merupakan bahan mentah yang belum diproses untuk dijadikan karya-karya sejarah.Biasanya sumber pertama ini dalam keadaan asli atau belum ditafsir dan dilengkapkan lagi (Arba’iyah; 2002: 51). Contohnya, bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap sebagai sumber utama. Dokumen-dokumen sejarah tanah air kita, berkaitan dengan penjajahan British, kumpulan dokumen yang berkaitan terdapat di Pejabat Tanah Jajahan di London, surat perjanjian seperti surat perjanjian Pangkor yang ditandatangani di Pulau Pangkor di antara Raja Abdullah dengan Andrew Clark. Manakala contoh sumber sejarah Kesultanan Melayu Melaka ialah catatan dan laporan oleh orang Cina, Arab, Portugis dan juga Belanda, buku Salatus Salatin yang merupakan sumber sejarah melayu, dan diperbaharui dan diperbaiki oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Naskah yang berjudul Hukum Kanun Melaka (44 fasal), Undang- undang Laut Melaka (25 fasal). Bahan ini menjadi sumber utama disebabkan keadaannya yang merupakan sumber yang pertama mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku. Biasanya sejarawan akan memilih dokumen-dokumen yang berupa premier kerana sumber ini memberikan maklumat yang benar untuk diselidiki (Arba’iyah; 2002: 51).
           

Sumber pertama yang bukan bertulis ialah informasi lisan dan sumber yang diperolehi daripada artifak dan sebagainya. Sumber premier ini sangat berharga bagi pengkaji sejarah serta mempunyai nilai yang tinggi sebagai sumber bagi menghasilkan penulisan sejarah. Ahli sejarah memberi penghargaan kepada sumber-sumber yang belum bercetak kerana sumber tersebut lebih sahih berbanding dengan bahan yang sudah dicetak. Sebagai contoh candi di Lembah Bujang, Kedah adalah salah satu sumber pertama yang sangat penting dalam penulisan mengenai kewujudan kerajaan Kedah Tua di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan batu bersurat yang dijumpai di Terengganu yang menjadi sumber utama tentang kedatangan islam ke alam Melayu serta matawang timah zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka yang menjadi bukti kepada keagungan kerajaan Melaka. Untuk mengesahkan sumber-sumber pertama itu benar-benar tulen, maka perlulah dilakukan kajian dengan dua cara iaitu cara dalaman dan cara luaran (Bahasa Othman; 1989: 3). Kajian cara dalaman ini bergantung kepada pengalaman,pengetahuan, dan kepakaran ahli sejarah yang membuat kajian.
Sumber kedua atau skunder merujuk kepada perkataan asal (catual word) di mana individu yang terlibat atau telah menyaksikan sesuatu peristiwa, atau seseorang yang menerima maklumat dari mereka yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajian ini berdasarkan sumber utama. Kajian ini juga haruslah melalui suatu tatacara atau kaedah penyelidikan yang teratur supaya hasilnya akan merupakan suatu hasil yang boleh diterima kebenarannya. Menurut Raja Ali Haji, sejarawan yang terulung pada kurun ke-19, “supaya terpakai”. (Tuhfat al-Nafis; 1965: 379) Sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkara-perkara yang dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan. Sumber kedua digunakan oleh penyelidik sebagai rujukan, perbandingan, ungkapan bagi  mengukuhkan pandangan serta serta tafsirannya terhadap perkara yang dikajinya. Contohnya buku-buku, majalah dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun esei yang menganalisis sesuatu isu yang penting. Di antara contoh karya yang menjadi sumber kedua bagi penulisan sarjana barat adalah Indigenous Political System of Western Malaya (1965) karya J. M Gullick. Contoh penulisan tempatan pula adalah Kesultanan Melayu Melaka (1989) karya Muhammad Yusoff Hashim. Penulisan Sarjana sejarah menjadi sumber yang amat penting bagi menggambarkan tentang seseorang pengkaji itu terhadap perkara dan juga terhadap alam persekitaran masa lalu yang dikajinya. Begitu juga sumber tempatan yang dihasilkan bukan sahaja untuk Sejarah Melaka, tetapi bagi tahap-tahap lain di dalam sejarah tanah air.
Selain sumber-sumber yang disebutkan, sumber lisan juga menjadi sumber dalam penulisan sejarah, ini kerana masyarakat lampau menyampaikan ingatan mereka mengenai peristiwa masa lalu melalui lagenda, mitos dan balada. Kisah-kisah yang terdapat di dalam ketiga-tiganya ini sering bercampur aduk. Walaupun ia berkecamuk ia masih memberi sedikit sebanyak penerangan dan maklumat tentang kepercayaan, adat dan tingkah laku manusia zaman itu. Dari kisah yang diceritakan pula, di sokong oleh sumber pertama seperti bukti kewujudan bangunan ,makam, catatan dan sebagainya akan mengesahkan lagi kebenaran sumber lisan itu. Sebagai contoh sejarah asal usul pembukaan Kampung Jeram, Kuala Selangor yang mana sumbernya dari sumber lisan diceritakan oleh orang – orang tua Kampung Jeram dan dibuktikan cerita tersebut dengan terjumpanya empat batu nisan bertulisan siam. Dimana ia membuktikan Kampung Jeram dibuka oleh tentera siam semasa menyerang Melaka.
( Ahmad Busu ; 1996 : 8). Sumber Lisan ini didapati daripada pertuturan atau perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku, tidak ditulis atau dirakam melainkan tersimpan dalam ingatan tokoh yang terlibat atau penyaksi melalui temubual, perbincangan dan sebagainya barulah sumber ini dirakam atau ditulis. Sumber lisan dikategorikan kepada sumber utama dan kedua. Sumber utama iaitu orang yang terlibat, penyaksi dalam sesuatu peristiwa sejarah itu, mereka boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan .Jika sumber lisan itu di rakam dalam pita suara ia dikira sebagai sumber utama. Begitu juga sumber lisan itu ditulis ia menjadi sumber utama yang bertulis dan tidak lisan lagi. Sumber kedua pula ialah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan. Terdapat tiga kategori sumber lisan pertama, keterangan Proto iaitu keterangan lisan yang dituturkan oleh pelaku yang telah terlibat dalam sesutu peristiwa yang dikaji keterangan tersebut merujuk kepada peranan dan pengalaman peribadi atau penglibatan secara langsung dalam peristiwa berkenaan, sebagai contoh keterangan hidup di zaman pemerintahan Jepun.Kedua, keterangan saksi mata iaitu keterangan yang diceritakan oleh seseorang yang melihat peristiwa yang telah berlaku ataupun sekadar menyaksikan didepan mata dan tidak terlibat secara langsung. Ketiga, keterangan kata dengar iaitu keterangan yang diceritakan oleh seseorang  yang diketahui melalui sumber orang lain atau mengetahui perkara tersebut semata-mata apa yang didengarnya sahaja. Terdapat anggapan yang menyangsikan kewibawaan sumber-sumber lisan, seolah-olah dan boleh merupakan suatu putar-belit serta gambaran sewenang-wenang atau refleksi imaginatif para penyaksi atau pelaku. Oleh itu faktor keakhlakan penyaksi itu paling penting dalam menyatakan sesuatu peristiwa itu. Kejujuran, keimanan, keikhlasan memberikan sumber lisan, tidak akan memutar belitkan fakta. Pengkaji dan penulis sejarah boleh membuat perbandingan diantara sumber yang diberikan melalui lisan sama ada benar atau tidak.
Sumber lisan adalah sumber  terawal dan tertua dalam sejarah terutamanya sejarah yang tidak mempunyai rekod rasmi dan cacatan. Dalam keadaan kurangnya sumber-sumber bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji sumber lisan adalah penting dalam penulisan sejarah. Dalam keadaan sumber lisan itu adalah satu-satunya sumber yang boleh diperoleh tentang sesuatu peristiwa itu ataupun dalam keadaan sumber itu datangnya dari tokoh-tokoh negara ia memberi penerangan dan gambaran yang sewajarnya tentang sesuatu peristiwa yang berlaku dalam suatu tempoh yang lalu dan bukan dikhayalkan. Sumber lisan amat penting dalam penulisan sejarah walaupun sumber ini dalam bentuk, lagenda, mitos dan balada. Namun begitu tidak semua sumber lisan harus diterima secara mutlak. Sebagai prasyarat menuju kebenaran sejarah, seharusnya sejarawan bersikap ragu – ragu sebelum menerima atau mempercayai kebenaran sumber itu.
            Usaha “heuristik” iaitu mencari dan mengumpul sumber – sumber sejarah untuk menghasilkan penyelidikan dan sumber sejarah. Sumber yang berbentuk arkeologi, tinggalan  - tinggalan bangunan adalah sumber yang amat penting dalam penghasilan  penulisan sejarah dan tidak dapat dipertikaikan lagi kesahihannya. Sumber lisan iaitu seperti warisan sastera rakyat dalam bentuk mitos, lagenda dan kisah tokoh – tokoh tertentu juga tidak dinafikan kepentingannya sebagai sumber sejarah. Ini kerana sumber lisan inilah yang menjadi sumber utama terhadap penulisan sejarah khususnya mengenai sejarah di Nusantara ini. Walaupun ia tidak mengandungi unsur- unsur yang tidak bersifat sejarah tetapi ia mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam menjadi sumber sejarah itu sendiri. Jika sumber lisan ini ditolak secara keseluruhannya, maka amat sedikitlah sumber sejarah negara Malaysia serta asal usulnya yang merangkumi nusantara ini. Sumber lisan ini sudah tentulah dikaji dan diteliti sebelum ia menjadi sumber sejarah bagi penulisan serta disokong oleh sumber yang sahih dari peninggalan arkeologi dan sebagainya. Untuk itu, usaha pemeriksaan dan penilaian yang disebut sebagai kritikan sumber dijalankan iaitu kritikan luaran dan dalaman. Kritikan luaran dilakukan dengan cara mengenal pasti ketulenan dan keaslian sumber sejarah itu. Sekiranya ia palsu sudah pastilah ia tidak menjadi sumber sejarah lagi.Untuk itu ia disokong oleh ilmu bantu lain seperti bidang sains, arkeologi, bahasa dan sebagainya. Manakala kritikan dalaman pula ditekankan kemunasabahan sesuatu sumber itu, sama ada ia logik atau tidak iaitu tidak bercanggah dengan hukum akal dan alam. Pemikiran yang saintifik dan logik amat perlu dalam menerima atau menolak sesuatu sumber itu. Sebenarnya dalam islam tradisi kritikan sumber telah wujud sejak sekian lama lagi khususnya dalam penilitian Ilmu hadith iaitu melalui kajian sanad atau periwayatan hadis dan kajian matan atau isi kandungan hadis tersebut.
Sumber sangat penting dalam kajian atau penyelidikan sejarah. Dalam usaha menghasilkan sesuatu karya sejarah, sejarawan mestilah berusaha mendapatkan sumbernya kemudian memilih memilih sumber tersebut, bukan memilih mana-mana yang sesuai untuk digunakan tetapi mana-mana yang ada kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa yang dikajinya. Sejarawan harus mengkaji serta menganalisis sumber-sumber itu, mendapatkan fakta dan seterusnya untuk membolehkan melakukan penulisan serta membuat tafsiran terhadap peristiwa berkenaan. Kebenaran sejarah merupakan perkara penting dalam menghasilkan penulisan sesuatu kajian sejarah.( Ishak Saat ; 2007 : 37 ). Untuk itu, penafsiran sumber dengan tepat adalah perlu dalam menghasilkan penulisan sejarah. Penulis tidak boleh menulis dengan sesuka hati, tanpa merujuk fakta dan sumber yang tepat. Sumber adalah penting bagi ahli sejarah dalam menjalankan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan penulisan. Herodotus ( 484 – 424 S.M. ) iaitu bapa sejarah menggunakan sumber kedua dalam menghasilkan karyanya iaitu Histories atau Sejarah Perang Parsi. Herodotus menjelajah ketempat – tempat berlakunya peperangan serta menemuduga waris yang terlibat serta mendapatkan rekod – rekod tentang catatan peristiwa perang antara Parsi dengan Greek ( 490 – 480 S.M. ). Manakala Thucydides ( 460 – 400 S.M ) telah menggunakan sumber pertama dengan melihat sendiri, terlibat secara lansung serta menemuduga orang yang terlibat secara lansung dalam peperangan Peloponnesia dalam menghasilkan bukunya iaitu Sejarah Perang Peloponnesia. Bagi penulisan sejarah moden kedua – dua sumber iaitu sumber pertama dan kedua diambil kira dalam penghasilan karya sejarah. Sumber adalah keperluan hakiki dalam penulisan sejarah. Tanpanya sejarawan tidak berupaya menghasilkan pensejarahan yang hakiki. (Ishak Saat; 2007: 39)





Kesimpulan
            Jelaslah bahawa sumber sejarah amat penting dalam penulisan sejarah.Penulisan sejarah tanpa sumber sejarah adalah lompong dan menjadi sebuah karya yang tidak ilmiah atau dongengan sahaja. Walaupun terdapat sumber sejarah yang bersifat cerita rakyat yang mempunyai unsur dongengan,namun ia boleh juga menjadi sumber dalam penulisan sejarah melalui penyelidikan sama ada ‘heuristik” atau “kritikan”.Walaupun ada masalah yang timbul dalam proses heuristik dan kritikan sumber,namun sejarawan tidak seharusnya bersikap pesimistik dalam usaha ini. Ahli-ahli sejarah mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan sampai kepada bahan-bahan dengan kepercayaan yang berbeza mengenai sesuatu peristiwa. Untuk alasan ini atau lain-lain alasan, ahli-ahli sejarah kerap tiba pada tafsiran yang berbeza mengenai peristiwa yang sama. Misalnya, ramai ahli sejarah melihat Revolusi Perancis sebagai hasil daripada kepercayaan kepada kebebasan  dan persamaan ahli sejarah lain melihat Revolusi Perancis sebagai hasil daripada tuntutan-tuntutan ekonomi daripada satu kelas menengah yang sedang bangkit. Oleh itu, adalah penting untuk dapat menilai tafsiran seorang ahli sejarah secara kritis. Memang ada kelemahan yang menjadikan sukar untuk menghasilkan penulisan sejarah yang muktamad,tetapi sikap tekun dan ikhlas akan membawa penulisan sejarah mendekati kebenaran berdasarkan sumber – sumber yang ada,walaupun tidak sepenuhnya. Kaedah moden seperti kaedah pandang dengar iaitu menggunakan teknologi moden seperti televisyen, internet, video, cakera padat, radio dan pita rakaman telah menjadikan sumber – sumber sejarah mudah diperolehi pada masa ini hasil ledakan perkembangan pesat ilmu sains dan teknologi. Walau apapun kaedah yang digunakan dalam mencari sumber – sumber sejarah, kesahihan sumber menjadi faktor penting dalam penghasilan karya sejarah yang baik dan tepat. Kepentingan sumber sejarah seharusnya tidak lagi dipertikaikan dalam sesebuah catatan sejarah.
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj Abdullah.1994.Pengantar Ilmu Sejarah.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad bin Busu.1996. Asal Usul Masyarakat Kampung Sendiri ( Jeram,Selangor) : Jurnal Malawati : Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Selangor.

Al-marhum raja Ali Al-Haji Riau. 1965. Tuhfat al-Nafis. History.Singapore: Malaysia Publications Ltd.

Arba’iyah Mohd Noor. 2002.Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahasa Othman. 1989.Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Shah Alam : Marwilis Publisher.

Ishak Saat.2007.Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden.Shah Alam: Karisma Publications.

Mohd Supian Sabtu.2002.Tamadun Awal Lembah Bujang.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid.1991. Sejarah Malaysia:pentafsiran dan penulisan. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Artikel oleh Mr.Sabiq
Orang yang tidak pernah dapat bawah gred A subjek sejarah


SERAM.......Kisah di Blok Buah B (KISAH 2.... BAHAGIAN 1)

Sambungan


               Pagi itu aku terjaga seperti biasa...celik mata aku lihat...roomit ku tiada dikatilnya...perasaan ku berbelah bahagi....apa yang telah berlaku kemana dia pergi...mungkin lepak dgn kawan tak balik...aku teruskan bangun...ke bilik air dan tandas.....pelik....fikiranku.....semua bilik pintu terbuka....aku pergi blik sebelah...pintu terbuka orang tiada....semua bilik pintu terbuka orang tiada...di tingkat aras3 ini....tiada sesiapa pun kecuali aku...apa yang berlaku....Tenang ...aku tarik nafas panjang...lagipun hari dah siang.....tak perlu takut...aku pun pergi mandi lepas tu solat....
               lepas solat cari makan...aku pun kearas 2....pintu terbuka orang tiada,,,,,mana semua....disorok hantu ke...jembalang ke....hatiku cemas...aku mesti segera beritahu warden...tp hari ni ahad...warden tiada...ahh ...jumpa sesiapa saja yang ada dimaktab ni maklumkan pada mereka....aku mengelamun....aku pun teruskan ke aras1.....sama juga pintu terbuka orang tiada....sedang aku tengok satu persatu bilik yang terbuka ini....terperanjat aku...bilik hujung tepi tangga aras satu....penuh dgn penghuni blok buah B yang berhimpit2 ...ada 3 bilik dihujung aras satu yang penuh penghuni...penghuni blok buah B...tidur dengan nyenyak...apa sudah berlaku..
         Aku lega kerana rupanya semua penghuni blok buah B tidur bersama dalam 3 buah bilik kecuali aku..... Petang itu Akim roomit ku pun bertanya pada ku. 'apa kau tidak dengar suara mengilai yang menakutkan itu, kami semua lari kebawah ketakutan tidor dibilik ustaz...ko boleh tidur saja'...Aku penat ...jawabku...Kerana kepenatan aku tidak sangup lari dari blok itu sebenarnya....
          Kejadian yang menimpa seluruh penghuni Blok Buah B itu amat mengemparkan. Warden telah dimaklumkan tentang peristiwa itu...kami pun bermesyuarat pada minggu hadapannya...Menurut warden Blok Buah B sudah lama tidak dihuni..dalam 25 tahun....Dulu blok ini adalah blok perempuan...tetapi disebabkan masalah tertentu maka ...blok ini ditutup...suara yang kami dengar itu adalah suara Kak Ponti...menurut tukang kebun...Blok ini dibuka bagi menampung jumlah pelatih yang ramai pada tahun tersebut...walaupun blok usang tetapi fasiliti masih dalam keadaan baik...maka ia digunakan....
         Malam jumaat seterusnya kami pun melakukan majlis solat hajat dan bacaan yassin....
mana yang ada ayat al quran kami gantung di dinding dan pintu bilik..

SERAM..........KISAH DI BLOK BUAH B (KISAH 1 Bahagian 1)

                      Bagaimana nak ku mula atau bagaimana nak ku cerita. 20 tahun dahulu hatiku berbelah bahagi diantara ke Maktab perguruan di Utara atau teruskan Tingkatan 6 ku yang tinggal lagi beberapa bulan. Maklumlah masuk Maktab dijamin kerja. Tingkatan 6 ambil STPM .Lepas STPM PTPN.Memikirkan aku anak sulung adik beradik masih kecil, Keluarga kais pagi makan petang,maka ku korbankan jua hasratku lalu terus ke Maktab.

                       Pendaftaran dipagi itu tidaklah seleceh mana, alhamdulillah urusan dipermudahkan, aku diberikan kunci bilik yang bertulis no 3** blok buah B. Ku bertanya pada senior yang bertugas semasa pendaftaran. " Salam bang, dimana blok buah B ni ye".Tergamam senior, mereka terdiam sejenak."Blok ini ada disebelah situ sambil tangan menunjukkan arah".Blok ni tiada senior duduk jadi kami pun tak tahu sangat pasal blok ni,lagipun dah 20 tahun blok ini terbiar, sapa seorang lagi senior. Ooo..ok...aku mengangguk.

                    Minggu Orientasi sangat memenatkan, macam - macam kami diuruh selama seminggu ini. Paling awal tidur jam 2 pagi, paling lewat bangun jam 6 pagi. Malam Ahad minggu tersebut sangat memenatkan. Aku dan roomit tidor awal.Malam itu berakhirlah minggu orientasi kami.Sangat penat tak terkata tidola, apa yang nak dibuat....

                       Jam 3 pagi sedang enak dibuai mimpi ....dihanyut alam khayal dalam mimpi....Aku terjaga dan terkejut dengan suara yang amat kuat dan menakutkan...mengilai yang amat sangat...hahahahahehhehehehhehehhehehhe..suara aneh yang tidak pernah ku dengar seumur hidupku ...aku bangun dan terlihat disebelah katilku.......roomitku tiada...suara yang berterusan menakutkan itu...tidak sedikit pun mengerakkan untuk aku lari...kerana kepenatan lebih menghantui ku berbanding suara itu...aku pun sambung tido sambil menekup kepala ku dengan bantal busuk.....(Bersambung)


Artikel nukilan Tok Moh...(sebelum digelar tok moh...hanya penghuni blok usang)
Adaptasi Kisah sebenar (lokasi,nama, dsb...adalah rekaan semata2)

Bagaimana manusia menggunakan alam sekitar


Sains merupakan satu proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Proses
mendapatkan maklumat bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan Manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam setkitarnya. Hubung kait ini sangat erat terutamanya dalam melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Alam sekitar, manusia dan sains saling berkaitan diantara satu sama lain. Manusia sangat memerlukan alam sekitarnya,manakala sains adalah satu cabang ilmu yang digunakan oleh manusia untuk mengkaji alam sekitarnya, supaya sumber yang ada dapat dimanfaatkan dengan sebaik- baiknya oleh manusia. Dalam masyarakat moden, sungguhpun hubungan dengan alam sekitar fizikalnya masih wujud, namun sedikit sebanyak mereka dapat mengubah alam sekitar fizikalnya untuk memenuhi keperluan yang pelbagai.[1] Perubahan dalam teknologi moden yang canggih dan kemampuan ekonomi membolehkan masyarakat moden kini mengubahsuai alam sekitar fizikal untuk memenuhi keperluan. Dalam ilmu geografi alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan. Malah definisi geografi itu sendiri menurut Ackerman (1963) merujuk kepada suatu bidang ilmu yang mengkaji dan memberi penjelasan tentang sistem yang berinteraksi secara cepat terhadap semua gabungan budaya manusia dengan alam sekitarnya di permukaan bumi.


Hubungan manusia dengan Alam Sekitar
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia...Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004).Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan. Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke -19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan gejala “pemencilan pengaruh keagamaan” sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (al-Anbiya’, 30) Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: “Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” (an-Nur, 45) Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi. Manusia dan  alam sekitar saling bergantungan diantara satu sama lain. Manusia sangat memerlukan alam sekitar untuk meneruskan kelansungan hidup dimuka bumi ini. Oleh itu manusia melakukan pelbagai kegiatan dan aktiviti ekonomi bagi meneruskan kelansungan ini. Manusia yang mempunyai budaya yang maju berupaya menerokai dan memajukan sumber alam untuk kepentingannya.[2]


Aktiviti – aktiviti manusia mengurus alam sekitar.
Manusia menggunakan sains dan alam sekitarnya dengan cara menjalankan kegiatan – kegiatan ekonomi bagi meneruskan kelansungan hidup dimuka bumi ini. Aktiviti ini adalah aktiviti yang utama ataupun primer, diikuti aktiviti ekonomi kedua atau sekunder dan akhir sekali aktiviti tertier.
Aktiviti Primer (Utama)
Manusia menjalankan aktiviti utama atau primer semenjak dahulu lagi. Aktiviti ini melibatkan aktiviti pengeluaran bahan mentah seperti pertanian, pembalakan, perlombongan dan perikanan. Fitrah manusia memerlukan makanan untuk hidup, untuk itu manusia sejak dahulu lagi berusaha mencari makanan dengan berburu dan mengutip buah – buahan. Ketika tamadun berkembang dan cara hidup semakin maju. Manusia tidak perlu lagi mengutip buah – buahan atau memburu dihutan. Sebaliknya bertani untuk mendapatkan makanan.[3]
Tanaman makanan adalah aktiviti pertanian yang manusia mula – mula manusia lakukan. Tanaman makanan ditanam secara kecil-kecilan dan bertujuan untuk menyara diri dan keluarga. Hasil lebih dijual di pasaran. Di Malaysia tanaman utama bagi sara diri ialah padi sawah dan padi huma. Kawasan tanaman padi sawah di terletak di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian, Delta Rajang (Sarawak), Papar dan Tuaran
(Sabah) manakala padi huma di tanam di tanah tinggi pedalaman Sabah dan Sarawak.
Hasil kemajuan sains dan teknologi serta permintaan ekonomi, tanaman komersial untuk jualan telah berkembang pesat. Ia juga menjadi aktiviti yang terpenting pada masa ini. Dengan perkembangan pesat sains dan teknologi, jentera berat serta racun serangga telah digunakan khususnya dalam tanaman komersial. Dengan penggunaan jentera berat ini sumber manusia dapat dikurangkan manakala hasil pertanian meningkat.

Manusia telah mengubah lanskap bumi dari tanah yang ditumbuhi kepada industri pertanian yang berskala besar di mana tumbuh – tumbuhan hutan dipotong dan dimusnahkan akibat permintaan terhadap pasaran serta potensi ekonomi.[4] Tanaman jualan atau komersial ini ditanam untuk dijual di pasaran tempatan atau dieksport bagi mencari keuntungan seperti tanaman kelapa sawit, getah, koko, nanas, teh, lada hitam, tebu, kopi, sagu,sayur-sayuran dan buah-buahan. Di Malaysia tanaman kelapa sawit paling penting bagi menjana ekonomi. Dengan teknologi moden hari ini kegiatan ekonomi pertanian dapat dijalankan. Jurang perbezaan kemajuan antara sektor industri dibandar hasil sumbangan sains dan teknologi begitu ketara dengan kawasan luar bandar yang menjalankan kegiatan pertanian pada masa dahulu. Namun dengan perkembangan Bioteknologi kini telah menyumbang kearah kemajuan sektor pertanian khususnya diluar bandar.[5]
Hutan hujan tropika adalah khazanah yang sangat bernilai pada bumi kita.Manusia sejak dahulu lagi telah menggunakan hutan dimana tumbuh – tumbuhan dipotong dan hutan dimusnahkan. Tumbuhan dalam hutan hujan penting, tetapi sebenarnya, ia juga adalah sumber penting kepada manusia. Aktiviti pembalakan adalah aktiviti perimier utama bagi kawasan yang ditumbuhi hutan hujan tropika. Kayu balak berkualiti seperti, cengal, meranti, keruing, seraya dan merbau adalah amat bernilai bagi kegunaan manusia dan aktiviti sekunder. Di Malaysia contoh kawasan pembalakan adalah di pedalaman Sandakan, banjaran Crocker (Sabah), pedalaman Sarawak, Ulu Kelantan, Ulu Terengganu dan Jerantut (Pahang). Namun begitu dengan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal telah menyebabkan kerosakan pada alam sekitar bumi. Aktiviti perikanan adalah aktiviti primer yang tidak kurang pentingnya. Pada amnya perikanan terdiri dari perikanan laut dalam iaitu jarak lebih 30 km dari pantai, diikuti perikanan pinggir laut ,perikanan air tawar, akuakultur dan ikan hiasan. Penggunaan bot serta kapal yang berteknologi moden serta penggunaan pukat harimau dan tunda telah merancakkan kegiatan ekonomi perikanan. Namun begitu dengan penggunaan ini boleh menyebabkan kekurangan spesis ikan akibat aktiviti yang berlebihan. Bermulanya revolusi perindustrian telah mengalakkan lagi kegiatan perlombongan pada abad ke  -19. Bahan – bahan mentah sangat diperlukan dari timur khususnya Tanah Melayu pada masa itu. Hasil perkembangan sains dan teknologi dari barat dirancakkan lagi dengan kegiatan perindustrian ini maka perut bumi telah dieksploitasi dengan kegiatan perlombongan. Di Malaysia kegiatan perlombongan adalah kegiatan utama dalam kerancakan ekonomi Malaysia. Perlombongan bijih timah telah wujud sejak sekian lama dan menjadi sumber ekonomi penduduk serta pendatang. Kini  Perlombongan mineral atau galian iaitu gas dan petroleum menjadi sumber kegiatan ekonomi negara. Selain itu perlombongan mineral lain jenis logam seperti: emas, kuprum, bijih timah dan sebagainya turut menyumbang kepada kegiatan perlombongan ini. Perlombongan mineral lain bukan logom seperti, kaolin, batu kapur, arang batu, dan batu marmar juga terdapat di Malaysia. Hasil perlombongan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya sumber aslinya dan menjana ekonomi negara. Namun begitu banyak kesan yang ditinggalkan dari aktiviti perlombongan ini.
Aktiviti Sekunder
            Kegiatan ekonomi sekunder adalah aktiviti yang melibatkan memproses bahan mentah dari aktiviti premier ini tadi kepada barangan siap yang telah diproses. Sektor perkilangan seperti mengetin makanan, perabot, penghasilan barangan elektrik dan sebagainya telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan serta permintaan. Pada asasnya sektor perindustrian iaitu sektor sekunder terbahagi kepada dua jenis iaitu industri berasaskan sumber dan tidak berasaskan sumber. Industri yang berasaskan sumber ini menggunakan sumber primer sebagai bahan utama seperti pengilangan minyak kelapa sawit, pengetinan buah – buahan dan hasil laut serta produk dari getah dan kayu. Sumber primer ini dihantar ke kilang dan di proses menjadi produk untuk kegunaan manusia. Manakala Industri yang tidak melibatkan sumber adalah seperti industri tekstil, industri elektrik dan elektronik serta industri berat seperti penghasilan kenderaan. Sumber alam telah dieksploitasi sepenuhnya oleh manusia untuk memenuhi keperluan dan permintaan. Banyak kawasan yang diterokai dan dijadikan kawasan perkilangan yang banyak menimbulkan kesan terhadap manusia dan alam sekitarnya.
Aktiviti Tertier.
Sektor tertier adalah sektor yang melibatkan sektor perkhidmatan. Manusia menjalankan sktor tertier bagi memudahkan urusan bagi sektor primer dan juga sekunder. Sektor perkhidmatan ini melibatkan perkhidmatan pendidikan, guaman, perubatan, perniagaan, kewangan, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya. Aktiviti tertier telah berkembang dengan pesat semenjak dahulu lagi khususnya aktiviti perdagangan dengan wujudnya jalan laut serta jalan sutera. Sistem barter digunakan pada zaman dahulu bagi menjalakan kegiatan perdagangan. Kini perdangangan dijalankan dengan menggunkan sistem matawang kertas. Aktiviti perdangangan melibatkan aktiviti peruncitan, borong serta perdangangan anatarabangsa. Kegiatan peruncitan dilakukan di kawasan bandar dan luar bandar, ditaman perumahan serta dikampung bagi memenuhi permintaan serta keperluan manusia. Perniagaan secara kecil – kecilan ini telah menjana ekonomi dan memberi manfaat kepada manusia dalam menjalani kehidupan. Dengan kewujudan bandar – bandar besar serta pertambahan penduduk aktiviti perniagaan melibatkan borong telah diwujudkan iaitu pembelian barang secara pukal. Pemborong akan membekalkan barangan kepada peruncit dikawasan perumahan serta kampung. Dengan kewujudan basar borong serta kedai borong, telah merancakkan lagi sektor perdagangan ini. Bahan mentah serta barangan yang dihasilkan dari aktiviti primer dan sekunder sebahagiannya dipasarkan keluar negara, ini menyebabkan wujudnya perdagangan antarabangsa yang melibatkan eksport dan import. Sektor perbankan atau kewangan wujud hasil dari kegiatan perdangangan. Bagi memenuhi keperluan ini institusi perbankan serta pajak gadai telah diwujudkan. Sektor perbankan adalah sektor perkhidmatan yang sangat penting pada masa kini. Keperluan tenaga mahir bagi menjalankan kegiatan ekonomi amatlah diperlukan.Untuk itu perkhidmatan pendidikan telah disediakan dengan kewujudan sekolah serta institut pengajian tinggi bagi memenuhi permintaan ekonomi. Sumber manusia yang berkualiti amat penting bagi menjalankan kegiatan ekonomi bagi sesebuah negara. Dengan perkembangan pesat industri serta kewujudan bandar baru, jaringan perhubungan diperlukan bagi memasarkan produk. Sistem pengangkutan yang baik menjadi salah satu faktor pelabur untuk melabur dalam sesebuah negara. Perkhidmatan pengangkutan yang baik telah diwujudkan serta menjadi sangat penting. Banyak kawasan yang telah di teroka untuk dijadikan lebuh raya, manakala sistem perhubungan menjadi lebih kompleks dengan kepelbagaian bentuk kenderaan serta jumlah kenderaan yang semakin banyak. Sektor pengangkutan ini telah memberi banyak kesan terhadap lanskap bentuk bumi serta cara hidup masyarakat dunia. Sektor  pelancongan adalah aktiviti ekonomi tertier yang menawarkan perkhidmatan seperti ekopelancongan, agropelancongan, pelancongan budaya dan warisan, pelancongan kapal dan sebagainya. Dengan khazanah alam yang yang banyak bagi sesebuah negara, akan mengalakkan lagi sektor pelancongan dan seterusnya menambah pendapatan penduduk serta ekonomi negara. Alam sekitar seperti hutan hujan tropika, pantai, sungai, bangunan bersejarah yang terjaga dengan baik akan menarik minat pelancong untuk melancong ke sesebuah destinasi. Aktiviti manusia dalam menggunakan alam sekitar dan sains ini memberi kesan terhadap alam sekitar dan manusia. Kesan itu samaada kesan baik atau buruk.
Kesan – kesan akibat manusia menggunakan sains dan alam sekitar
            Sudah menjadi fitrah dan lumrah manusia memerlukan alam sekitarnya untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Budaya manusia juga terbentuk hasil interaksi dengan alam sekitarnya. Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai khalifah dimuka bumi untuk menguruskan alam sekitarnya serta mentadbir dengan baik. Secara umumnya, kesemua bidang sains mempunyai manfaatnya sendiri. Cuma kadang kala kerana kerakusan manusia, sains telah disalah guna. Contohnya, sains nuklear yang seharusnya dimanfaatkan oleh manusia sebagai alternatif sumber tenaga, telah disalah gunakan menerusi penciptaan bom nuklear yang mengugat keselamatan sejagat. Begitu juga dengan kemajuan pengetahuan manusia dalam bidang sains bioteknologi. Sementara kita menggunakannya untuk tujuan kebaikan, ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan pengetahuan ini untuk mengaut keuntungan dan mengenepikan soal etika dan mencabar kuasa tuhan.Percubaan untuk mengklon manusia adalah antara isu yang banyak menyebabkan masyarakat melihat sains itu sebagai sesuatu yang buruk dan merosakkan. Pertumbuhan pesat penduduk telah membawa perubahan kepada dunia secara keseluruhan. Pemahaman bagaimana aktiviti manusia boleh menjejaskan persekitaran, membolehkan kita meramal perubahan cuaca. Sebenarnya, ramalan perubahan cuaca ini sangat penting, kerana ia merupakan petunjuk kepada kita bagaimana mengawal bekalan makanan dunia. Kajian saintifik kepada perubahan-perubahan ini dan juga kesannya kepada ekosistem semula jadi dan pengeluaran pertanian penting untuk masa depan masyarakat dunia. Dengan teknologi yang ada, manusia bukan sahaja mendapat manfaat dari bumi, namun pada masa yang sama memusnahkannya, Laporan Penilaian Ekosistem Millenium Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) 2005 memberi amaran bahawa 15 hingga 24 ekosistem global sedang menghadapi masalah kemusnahan. Keadaan dijangka menjadi bertambah buruk dalam masa 50 tahun akan datang. Industri mengakibatkan sisa dan pepejal yang terhasil mencemarkan alam sekitar serta pemandangan. Sebagai contoh lombong bijih timah yang ditinggalkan begitu sahaja, menyebabkan struktur tanah berubah serta ekosistem disekitar kawasan lombong terjejas.
Manusia menjalankan aktiviti ekonomi bermula dengan menebang hutan dan  melakukan aktiviti pembalakan. Aktiviti pembalakan ini memberi manfaat kepada manusia bagi aktiviti pembangunan dan industri pembuatan berasaskan kayu. Namun begitu penebangan hutan yang berleluasa menyebabkan tanah menjadi rata serta struktur tanah menjadi longgar. Ini menjejaskan struktur tanah dipermukaan bumi serta dilereng – lereng bukit, apabila hujan turun air deras membawa lumpur ke sungai. Sungai menjadi keroh dan cetek, ini menyebabkan berlakunya banjir di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang tidak mempunyai saliran yang baik khususnya di kawasan lembah Klang. Di kawasan tanah tinggi pula berlaku tanah runtuh akibat penebangan dan pembangunan dikawasan lereng – lereng bukit. Kesemua ini adalah kesan akibat penebangan hutan yang memusnahkan habitat serta alam flora dan membawa kerosakan kepada alam sekitar. Bencana alam yang berlaku juga adalah akibat kerakusan menusia menggunakan sumber alam dengan sewenangnya.
Pada masa ini manusia menjalankan kehidupan banyak bergantung kepada penggunaan sumber asli khususnya minyak dan gas asli. Penerokaan cari gali minyak telah tumbuh bagai cendawan disetiap peosok muka bumi ini. Kegunaan minyak dan gas untuk menjalankan aktiviti ekonomi memang tidak dinafikan lagi kepentingannya. Namun begitu aktiviti perlombongan ini banyak memberi kesan yang buruk terhadap bumi pada masa ini. Pembebasan asap dari bahan api yang dibakar membebaskan gas karbon dioksida dan gas lain. Ini boleh mengubah campuran gas dalam atmosfera yang kemudiannya boleh menukar iklim di seluruh dunia dikenali sebagai kesan rumah hijau. Gas lain seperti Cloro Floro Carbon (CFC) boleh memusnahkan lapisan ozon, lapisan ozon di atmosfera amat penting bagi melindungi daripada sinaran matahari yang merbahaya. Semua ini boleh mengakibatkan perubahan iklim dan persekitaran bumi. Indusri juga mengakibatkan sisa dan pencemaran. Jika tidak dikawal keadaan ini boleh mencemarkan pemandangan alam seperti lombong timah yang ditinggalkan.[6] Industri berkembang dan bermula dengan pertanian dagangan muncul bagi menyediakan bahan – bahan mentah untuk kilang – kilang di Eropah dan Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan banyak tanah – tanah diteroka dan ladang – ladang diwujudkan.[7] Dengan penerokaan tanah untuk untuk industri telah menyebabkan banyak bandar – bandar diwujudkan dan berkembang pesat. Kebanyakan penduduk dunia tinggal di kawasan pusat bandar. Kewujudan metropolitan ini mewujudkan satu persekitaran yang unik. Manusia menggunakan sumber yang banyak untuk keperluan penduduk bandar seperti bekalan air, elektrik, makanan,tenaga, dan sebagainya. Ini menyebabkan masalah persekitaran serta pemanasan global.[8] Pemanasan global adalah isu antarabangsa yang besar. Pemanasan global berlaku akibat dari bagaimana cara manusia menggunakan sains dan alam sekitar sekelilingnya. Kesan buruk yang lebih banyak dari kesan bermanfaat dari aktiviti manusia telah memburukan lagi keadaan. Namun begitu dengan adanya kesedaran bagi banyak pihak dalam menjaga alam sekitar telah
 mampu sedikit sebanyak menyelamatkan bumi ini. Pendidikan ilmu kemanusian seperti ilmu geografi dari peringkat rendah sehingga peringkat universiti amat penting bagi mendidik manusia kearah kesedaran terhadap alam sekitar. Sains dan teknologi tidak membawa keburukan, manusia yang menggunakannya dengan cara tidak berkhemah telah banyak merosakkan muka bumi ini dengan pencemaran serta bala bencana akibat tangan- tangan manusia sendiri.


Kesimpulan.
Sumber alam ialah sumber semulajadi yang terdapat didalam atau dipermukaan bumi. Sumber alam terbentuk secara semulajadi dan mengambil masa yang lama. Antaranya ialah air,udara,mineral,tanah dan hutan. Sumber ini amat berguna kepada manusia kerana tanpanya manusia tidak dapat memenuhi keperluan yang pelbagai. Sumber alam ini terbahagi kepada yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Sumber yang boleh diperbaharui seperti air,udara,ombak,angin dan solar.Manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan gas. Namun begitu ada sumber yang boleh dikitar semula seperti logam,besi aluminium dan sebagainya. Keinginan manusia untuk terus maju dan meningkatkan taraf kehidupan menyebabkan sumber alam ini terus diterokai. Kemajuan sains dan teknologi menjadi pemangkin kepada manusia untuk menggunakan sumber alam yang ada didunia ini dan alam sekitarnya. Manusia menggunakan ilmu sains yang ada untuk terus meneroka sumber alam, ini menyebabkan penggantungan manusia dengan alam sekitarnya bertambah kuat. Ketiadaan  teknologi canggih pada masa dahulu telah menyebabkan banyak sumber semulajadi tidak dapat diterokai dan ditemui. Dengan teknologi sains yang ada sekarang, banyak komponen yang dihasilkan dari sumber semulajadi dikitar semula seperti kertas, tin aluminium, kotak kertas dan sebagainya. Di sesetengah negara maju sampah sarap tidak lagi dibakar atau dilonggokkan di tempat pelupusan sampah. Tetapi dijadikan bahan baker untuk menjana tenaga elekterik. Begitu juga dengan habuk gergaji yang dulu dibuang begitu sahaja, kini dijadikan bahan dalam pembuatan perabot. Tidak keterlaluan teknologi sains yang ada pada hari ini menjadi pemangkin kepada kepada perubahan tanggapan terhadap sumber dan ini dipercepatkan lagi dengan kemampuan ekonomi. Teknologi sains yang canggih ini digunakan manusia dengan sepenuhya untuk meneroka sumber alam.Namun begitu kerakusan manusia telah menyebabkan berlaku kerosakan dimuka bumi ini.
BIBLIOGRAFI


Chan Foi Onn dan Mohd Ekhwan.2004.Geografi Alam Sekitar Fizikal:Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.

Dougal Dixon.1991.The Big Book Of The Earth.Oxford : Reed E ducational and Professional Publishing.

E.H.G. Dobby.1982.Asia Tenggara: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

F.J. Monkhouse.1972. A Dictionary of Geography (Second edition).London.Edward Arnorld Publisher.

Foong Sim Khin.1990.Geografi. Amerika Utara.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman.

Goh Cheng Leong and Gillian C.Morgan. 1972.Human and Economic Geography:Petaling Jaya.Oxford University Press.

Jose and Parramon Editorial Team.2006.Essential atlas of Physical Geography: Barcalona.Barron’s Educational Series.

Katiman Rostam.2002. Prinsip Asas Persekitaran Manusia : Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keng Su Seng.2005.Geografi Alam Sekitar Manusia:Petaling Jaya.Oxford University Press.

Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah.2010.Geografi Alam Sekitar Manusia : Petaling Jaya. Penerbit Pearson Longman.

Mahani Abu Bakar.2008.Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pertanian : Kuala Lumpur.Pustaka Segar.



[1] Keng Su Seng.2005.Geografi Alam Sekitar Manusia:Petaling Jaya.Oxford University Press.hlm 2

[2]  Katiman Rostam.2002. Prinsip Asas Persekitaran Manusia : Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 47
[3] Dougal Dixon.1991.The Big Book Of The Earth.Oxford : Reed E ducational and Professional
  Publishing hlm75.
[4]  Jose and Parramon Editorial Team.2006.Essential atlas of Physical Geography: Barcalona.Barron’s
     Educational Series.hlm 86.
[5]  Mahani Abu Bakar.2008.Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pertanian : Kuala Lumpur.Pustaka Segar.hlm 43.

[6] Dougal Dixon.1991.The Big Book Of The Earth.Oxford : Reed E ducational and Professional Publishing.hlm 75

[7]  E.H.G. Dobby.1982.Asia Tenggara: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.hlm 465

[8] Jose and Parramon Editorial Team.2006.Essential atlas of Physical Geography: Barcalona.Barron’s Educational Series.hlm 88


Artikel ini di sumbangkan oleh m.sabiq 

seorang yang tidak pernah dapat gred bawah A bagi subjek sejarah dan sastera


Bahasa Perpaduan Di Malaysia



Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama, bahasa dan kebudayaan. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, satu bahasa yang dapat menyatukan semua masyarakat perlu ada bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian. Dalam sebuah masyarakat majmuk yang menjadi tulang belakang kepada pembentukan Malaysia, hanya elemen bahasa yang tunggal sahaja boleh menjadi elemen perpaduan. Perkara ini juga sudah dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan 52 tahun lalu iaitu apabila bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi. Sewajarnya dengan hakikat itu hari ini, kita tidak lagi perlu terkial-kial membahaskan mengenai kedudukan bahasa Melayu. Barangkali kerana gagal meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu bangsa juga, hubungan mesra antara kaum ketika ini sering kali berkocak. Sebagai bahasa kebangsaan ia sewajarnya diletakkan di tempat yang paling tinggi dan sepatutnya menjadi bahasa yang menyatukan bangsa Malaysia. Sebagai bahasa Kebangsaan juga, bahasa Melayu telah termaktub di dalam perlembagaan persekutuan perkara 152, yang mana bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam setiap urusan kerajaan. Dengan penggunaan tunggal bahasa Melayu sebagai bahasa perantara diantara kerajaan dan masyarakat seharusnya ia menjadi bahasa yang dapat memantapkan perpaduan diantara kaum.
Bahasa Melayu mampu melakukan penyatuan ini sekiranya negara hanya menggunakan bahasa itu dalam sistem pendidikan nasional. Penggunaan pelbagai bahasa di bawah status 'bahasa ibunda' ternyata melambatkan dan membantut hasrat menyatukan pelbagai kaum di negara ini menerusi satu bahasa. Malah, ia juga melahirkan generasi baru yang tidak memperlihatkan jati diri nasional yang bukan sahaja tidak sama, malah tidak jelas pula. Khususnya dari sudut bahasa dan budaya kebangsaan, kedua-duanya mementingkan elemen Melayu selaku kelompok dominan negara. Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan dan rasmi tidak boleh dipersalahkan dalam hal kegagalan integrasi dan perpaduan. Namun yang harus dipersalahkan adalah apabila bahasa-bahasa lain diberi ruang beroperasi di bawah label bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sektor pendidikan kerajaan atau swasta.Oleh yang demikian, memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, adalah satu langkah yang tepat dalam memupuk perpaduan diantara kaum.Dengan sistem pendidikan masa kini yang mewajibkan para pelajar lulus dalam matapelajaran bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, menjadi satu faktor penting untuk semua kaum mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dengan meluas. Ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di antara masyarakat berbilang kaum dan boleh dituturkan oleh semua lapisan masyarakat
Dengan pelbagai cabaran semasa yang semakin menghakis kepentingan bahasa Melayu ketika ini, membawa kita merenung sejauh mana bahasa yang telah dipertuturkan lebih dari 500 tahun ini mampu mewakili kita sebagai bangsa Malaysia. Bahasa Melayu perlu diperlihat dalam kapasitinya sebagai bahasa negara Malaysia dan tidak boleh sekali-kali sebagai bahasa ibunda orang Melayu semata-mata. Bagi kelompok dan lapisan tertentu dalam masyarakat, bahasa Melayu perlu dikuasai dan digunakan dengan orientasi integratif dan menjadikannya sebahagian daripada struktur sosial, bukan semata-mata dari dimensi instrumental yang mana bahasa Melayu hanya penting dalam peperiksaan atau digunakan kerana dikehendaki oleh undang-undang. Orang Melayu sebagai kelompok dominan juga perlu menunjukkan kepada kaum lain bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang mampu membawa kemajuan kepada sesiapa sahaja. Dalam ilmu linguistik, Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa besar di dunia. Ini diukur antaranya dari sudut penyebarannya yang menjadi mata pelajaran bahasa asing di lebih daripada 100 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di kira-kira 30 buah negara. Penggunaan bahasa Melayu yang meluas ini tidak boleh disanggah lagi untuk menjadi sebuah bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia.
            Kesimpulannya, Bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca di rantau ini, serta dituturkan oleh lebih 200 juta orang di seluruh dunia, dan kini menjadi bahasa Kebangsaan yang diajar di setiap peringkat, selayaknya mampu menjadi bahasa penyatu masyarakat Malaysia serta dapat memantapkan lagi perpaduan kaum di bumi yang bertuah ini, Malaysia.

Arkitel ini disumbangkan oleh Mr.Sabiq
Orang yang dapat A bahasa Melayu semasa di USM tetapi dapat 5c dalam SPM


Perang saudara Amerika bermula dengan pergaduhan antara dua daerah


Amerika Syarikat mempunyai ramai tokoh Presiden yang ternama dan memberi sumbangan terhadap masyarakat Amerika Syarikat dan dunia. Tokoh yang paling terkenal dan kontroversi dalam sejarah Ameika Syarikat adalah Abraham Lincoln. Abraham Lincoln digelar ‘Honest Abe’ atau ‘Illinos Rail Splitter’.[1] Abraham Lincoln dikenali sebagai seorang pejuang demokrasi dan hak Asasi dalam dunia amnya atas kesungguhan dan kejayaan membebaskan hamba abdi di Amerika Syarikat. Abraham Lincoln di lahirkan pada 12 Februari 1809 di Hardin Country, Kentucky, Amerika Syarikat. Ibunya pula telah meninggal dunia sewaktu Abraham Lincoln berumur Sepuluh tahun.
            “ I was born Feb. 12, 1809, in Hardin Country, Kentucky. My parents were
               both born in Virginia, of undistinguished families – second families, perhaps
              i should say. My mother, who died in my tenth year,….”[2]

Semasa berusia 19 tahun beliau bekerja memunggah barang – barang dari bot  di New Orleans dan menyaksikan sendiri bagaimana penderitaan yang dihadapi oleh hamba abdi.[3] Keadaan ini memberi keazaman bagi beliau untuk membebaskan hamba abdi. Semasa menjadi juruukur dan ketua pos di New Salem, Illionis, beliau mempelajari undang – undang dan pandai dalam perbahasan dengan cara yang lemah lembut sehingga menjadi terkenal. Pada tahun 1834 Abraham Lincoln telah menduduki kerusi dewan Illinois semasa berumur 25 tahun dan pada tahun 1846 beliau dipilih menjadi seorang Ahli Kongres Amerika Syarikat,[4] maka bermulalah perjuangan beliau dalam membebaskan hamba abdi.
            Perhambaan menjadi suatu isu duri dalam daging sejak penubuhan Amerika Syarikat. Isu yang telah bertapak lama ini menjadikan masyarakat Amerika berpecah kepada dua iaitu mereka yang menyokong kepada perhambaan dan mereka yang menentangnya. Henry Clay sebagai seorang tokoh yang berpengaruh telah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesatuan melalui kompromi Missouri dalam tahun 1820 dan kompromi 1850.[5] Isu perhambaan menjadi isu penting kerana semasa Deklarasi Kemerdekaan semua manusia adalah sama, tidak wujud kelas diantara satu sama lain. Namun ia menjadi sesuatu yang bertentangan dengan Deklarasi Kemerdekaan apabila negeri – negeri dalam Amerika Syarikat khususnya negeri – negeri di selatan yang masih mengamalkan sistem perhambaan.
            “The noble statement made by Jefferson in the ‘Declaration of Independence’
              about all people being equal was contradicted by the fact that there were
             slaves in the US.”[6]
Kemunculan Abraham Lincoln dalam arena politik di Amerika Syarikat pada tahun 1946 adalah  kemuncak krisis perhambaan. Perjuangan bagi menuntut hak kebebabasan sama rata dan penghapusan hamba abdi boleh dilihat dalam reformasi sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Amerika Syarikat pada masa itu. Gerakan antiperhambaan juga telah diwujudkan antaranya The  American Anti-Slavery Society (Pertubuhan Antiperhambaan Amerika) pada tahun 1833.[7] Abraham dengan lantang menentang amalan perhambaan ini semasa dipilih menjadi ahli kongres pada tahun 1946. Namun kelantangan beliau ditentang oleh ahli kongres yang lain dan dalam pemilihan kongres yang seterusnya beliau tidak terpilih. Semasa tahun 1954 isu perhambaan hangat dibincangkan. Pada tahun 1954 telah diwujudkan Akta Kansas- Nebraska dimana Stephen A. Douglas mencadangkan isu perhambaan ini diselesaikan oleh rakyat bagi setiap negeri.Akta ini juga membenarkan hamba abdi dibawa ke wilayah barat khususnya ke Nebraska. Akta ini telah membatalkan Kompromi Missouri (1820-1821) dan membawa kepada pengasasan dua buah negeri iaitu Kansas dan Nebraska.[8] Sebenarnya rakyat di Nebaraska sejak awal lagi telah mempunyai satu pentadbiran yang tersendiri khususnya tidak membenarkan amalan perhambaan.
this was situation in January 1854, when senator Douglas, Chairman of the committee on territories, introduced what looked like a routine bill organizing the land west of Missouri and Iowa as Nebraska territory. Since settlers were beginning to trickle into the area, the time had clearly arrived to set up a civil administration,…..”[9]
Namun Douglas tetap juga menyokong akta ini kerana hamba yang dibawa kebarat penting kepada pembangunan khususnya kepada pembinaan jalan keretapi. Cadangan membawa hamba abdi ke barat ini telah ditentang oleh penduduk Nebraska sehingga wujudnya perang saudara Nebraska dan Kansas yang telah menghancurkan Kansas. Kansas menyokong kepada amalan perhambaan.
Douglas miscalculation of northern sentiment was monumental.Word that the West was to be reopened to slavery caused indignant outcry”[10]
Keadaan bertambah buruk dengan keputusan Mahkamah Agung Amerika yang mencadangkan bahawa Hamba Abdi sebagai Aset dan bukan warganegara. Keputusan Mahkamah Agung ini yang telah mengukuhkan  perlembagaan telah mendapat bantahan dari rakyat di utara namun disokong oleh rakyat di selatan. Krisis ini membawa kepada berlakunya peperangan.
            Abraham Lincoln telah menentang cadangan Stephen Douglas, kelantangannya menyebabkan beliau dicalonkan sebagai calon Presiden Amerika Syarikat mewakili parti Republikan yang baru ditubuhkan.
The new party nominated Lincoln as its candidate for the U.S. Senate,. He had prepared his acceptance speech well, debating in his mind whether or not to use emotionally arousing phrase “house divided”.[11]
Beliau telah menyuarakan pandangan – pandangan beliau iaitu tidak mempersoalkan amalan perhambaan di negeri asal namun mahu menghalang amalan ini berkembang dan seterusnya pupus terutamanya dalam ucapannya House divided pada Jun 1858 di Springfield,Illinois,
A house divided against itself cannot stand.” I believe this government cannot endure, permanently half slave and half free. I do not expect the Union to be dissolved- I do not expect the house to fall- but I do expect it will cease to be divided”.[12]
            Dalam pilihanraya presiden 1860 Abraham Lincoln telah berjaya menewaskan Stephen Douglas dan John C. Breckinridge kedua – duanya dari parti Demokrat. Abraham Lincoln telah mendapat 1,866,452 manakala Stephen Douglas mendapat 1,375,15, dan John C Breckinridge hanya mendapat kurang separuh undi Abraham Lincoln.[13] Dengan kemenangan Abraham Lincoln negeri – negeri di selatan bermula Carolina Selatan mengisytiharkan keluar dari Kesatuan Amerika. Gerakan pemisahan bermula dan delegasi dari tujuh buah negeri yang terpisah telah berkumpul di Montgomery bagi menubuhkan Persekutuan Amerika (confederate State of America). Abraham Lincoln bukan sahaja menghadapi gerakan pemimsahan ini malah penentangan dari pihak abolitionist, mereka yang anti perhambaan dan konservatif di utara yang menaggap beliau terlalu berlembut.[14]
When Lincoln took office, Congress was splintered into several factions thaht reflected the divisions within the country: the radically antislavery, the antislavery, those who would accept the idea of the right of state to secede, those who want wed to remain neutral, those who would accept slavery, and those who favoured slavery”.[15]
Keadaan Amerika Syarikat yang berpecah belah ini menjadi cabaran kepada Abraham Lincoln. Tumpuan Abraham Lincoln yang paling utama adalah menyelamatkan Kesatuan Amerika Syarikat.
“President Lincoln’s immediate focus was on preserving the nation. To him, the Union was still a Union though undergoing a state of rebellion.”.[16]
Semasa pemahsyuran beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 4 mac 1861, Abraham Lincoln menegaskan pemisahan bukannya pilihan, Kesatuan adalah kekal dan muktamad. Abraham Lincoln menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak akan campurtangan dalam isu hamba abdi bagi negeri – negeri yang mengamalkannya.
“I have no purpose, directly or indirectly, to interfere with the institution of slavery in the States where it exists. I believe I have no lawful right to do so, and I have no inclination to do so….”[17]
Jelas menunjukkan bahawa Abraham Lincoln tidak mahukan perpecahan dalam Kesatuan Amerika. Abraham Lincoln tidak bertegas dalam Isu penghapusan perhambaan asalkan Kesatuan dapat dipertahankan. Tindakan Abraham Lincoln ini dianggap sangat lembut oleh pihak Konservatif di Utara yang mahukan perhambaan ini dihapuskan dari Kesatuan Amerika. Abraham Lincoln juga sedar akan bahaya perhambaan apatah lagi  deklarasi Kemerdekaan Amerika 1776 yang memberikan hak samarata kepada semua masyarakat Amerika Syarikat. Beliau sebagai Presiden menghadapi keadaan yang sukar. Perang saudara adalah perkara yang paling dibencikan dan dielakkan oleh itu beliau mengutamakan persoalan tentang mempertahankan Kesatuan. Kesatuan adalah isu pertama yang harus diberi keutamaan.Manakala isu perhambaan adalah isu yang kedua. Tindakan ini bagi mempertahankan Kesatuan Amerika Syarikat yang telah berpecah belah. Presiden Lincoln tidak mahukan peperangan. Peperangan yang terletus akan merumitkan lagi keadaan bagaimana beliau mahu mengekalkan Kesatuan dan dalam masa yang sama memastikan kejayaan.
“He could have either saved or destroyed the union without a human contest. Yet the contest began. And having begun He could give the final victory to either side any day. Yet the contest proceeds,”[18]
Perang saudara yang berlaku telah membawa banyak perubahan dan pembangunan teknologi pengeluaran, komunikasi dan pengangkutan. Abraham Lincoln selaku Presiden tidak pernah terlibat dengan mana – mana peperangan telah memainkan peranannya sebagai ketua turus angkatan tentera dan mengendalikan peperangan dengan bijaksana sehingga membawa kepada kemenangan Kesatuan. Peperangan ini juga bukan sahaja memberi kesan seperti kematian yang besar kepada kedua – dua belah pihak malah menonjolkan sumbangan Abraham Lincoln dalam mengadakan akta – akta yang baru bagi menyelamatkan Kesatuan Amerika Syarikat. Dalam menghadapi peperangan ini Abraham Lincoln telah mengasaskan sistem bank-bank negara melalui Akta Bank Negara, menaikkan tarif untuk hasil, mengenakan cukai pendapatan yang pertama, mengeluarkan bon yang bernilai beratus-ratus juta dolar serta wang kertas negara yang pertama , menggalakkan imigrasi dari Eropah, memulakan landasan rentas benua bagi mengangkut angkatan tentera, penubuhan suruhanjaya kebersihan pada tahun 1961 dan yang terpenting pada 1 januari 1963 Lincoln mengeluarkan “Proklamasi Emansipasi” yang membebaskan hamba – hamba abdi. Tindakan Lincoln ini menyebabkan peperangan bukan lagi hanya menyelamatkan Kesatuan malah menjadi perseteruan bagi membebaskan perhambaan di Selatan. Sepanjang peperangan , lebih setengah juta hamba abdi lari ke utara dan ramai yang mendaftar sebagai tentera Kesatuan.[19] Menjelang 1865 Lincoln memutuskan bahawa perhambaan dihapuskan sepenuhnya iaitu setelah pihak Kesatuan memenangi peperangan dan menyatukan kembali Amerika Syarikat. Pindaan Perlembagaan ke 13 pada januari 1865 adalah penawar bagi masalah perhambaan dan pada 6 Disember 1865 barulah disahkan dengan Lincoln tidak sempat mengesahkannya kerana beliau telah dibunuh bersama isteri beliau di Ford Teater pada 14 April 1865. Pindaan Perlembagaan ke -13 adalah seperti berikut:
Section 1
“Neither slavery nor involuntary servitude, except a punishment forcrime whereof the party shall have been duly convicted, shall exist within the United States, or any place subject to their jurisdiction”[20]
 Tindakan – tindakan Abraham Lincoln ini telah berjaya menyatukan Amerika Syarikat yang berpecah belah pada masa itu dan menyelamatkan kesatuan.
            Pihak Kesatuan dibawah pimpinan Presiden Abraham Lincoln  telah menyusun usaha peperangan dan mendapatkan bantuan kewangan dengan memperkenalkan sistem kutipan cukai yang pertama. Bagi pihak Konfederasi pula perjalanan peperangan adalah sukar dan usaha mendapatkan sumber kewangan melalui cukai telah terlewat. Pihak Kesatuan pula mempunyai jumlah penduduk yang ramai serta sumber yang banyak. Abraham Lincoln pula menggunakan wayar telegraf yang mula dipasang di jabatan perang bagi menyampaikan berita terkini tentang peperangan yang berlansung.[21] Peperangan ini berakhir dengan kekalahan di pihak Konfederasi iaitu selepas pertempuran Gettysburg dan Vicksburg.
“on taking office, president Lincoln said he depended on divine assistance for the impossible task ahead. He emphasized that without it, human efforts would fail. When he issued the following proclamation, the Union armies had won recent victories at Vicksburg and at Gettysburg but Lincoln was realistic. He knew that disheartening setbacks were likely ahead- and the final outcome was still unclear”[22]
Presiden Lincoln telah mengambil langkah yang perlu serta memikirkan dengan berhati – hati apakah langkah yang seterusnya perlu dilakukan. Presiden Lincoln juga telah merancang pembentukan semula serta menumpukan pembangunan semula bagi golongan yang bermasalah. Beliau juga menyarankan kepada semua rakyat Amerika melupakan segala peristiwa yang telah berlaku dan memberi tumpuan bagi membina negara Amerika. Beliau juga tidak jelas apa yang akan berlaku pada masa akan datang, oleh itu beliau mengambil langkah berhati – hati bagi membentuk semula Amerika Syarikat. Berakhirnya perang saudara maka pembentukan semula dilakukan dengan tempoh penyesuaian dari tahun 1865 hingga 1877. Presiden Lincoln mula merancang untuk membawa semula negeri – negeri yang terpisah untuk menyertai kesatuan.[23] Pada bulan disember 1863, beliau membentangkan Proklamasi Pengampunan dan Pembentukan Semula (Proclamation of Amnesty and Reconstruction).[24] Melalui Proklamasi ini pengampunan diberikan kepada rakyat negeri – negeri konfederasi dengan mengangkat sumpah taat setia kepada Amerika Syarikat. Negeri – negeri Konfederasi juga boleh membentuk kerajaan sekiranya 10 peratus daripada jumlah rakyat negeri yang berkenaan mengangkat sumpah. Lincoln juga mencadangkan pindaan perlembagaan yang akan mewujudkan satu sistem secara berperingkat. Pemilik hamba yang kehilangan hamba dan harta  mereka akan dibayar ganti rugi apabila hamba mereka dibebaskan. Melalui Pindaan Perlembagaan ke- 13 pada 31 Januari 1865, telah berjaya menghapuskan sama sekali institusi perhambaan disemua negeri – negeri dalam Amerika Syarikat.

Kesimpulan.
            Sumbangan Abraham Lincoln kepada masyarakat Amerika memang tidak dinafikan. Pendapat – pendapat yang mengatakan bahawa Abraham Lincoln yang membawa kemusnahan dalam perang saudara di Amerika Syarikat dan kemudian beliau menyatukan semula adalah tidak  tepat. Walaupun Carolina Selatan memutuskan untuk berpisah dari Amerika Syarikat setelah kemenangan Abraham Lincoln namun sebelum Amerika Syarikat dikancah perang saudara lagi  telah berlaku perang saudara antara Nebraska dan Kansas sebelum Abraham Lincoln menjadi Presiden. Perang saudara tersebut berpunca dari masalah institusi perhambaan. Pihak Konfederasi pula yang memulakan peperangan dengan menyerang kubu Fort Sumter pada 12 April 1861 dan bukanya pihak Kesatuan yang diterajui Abraham Lincoln. Penubuhan Amerika Syarikat seusia dengan deklarasi kemerdekaan yang masyarakat Amerika Syarikat sendiri menuntut  hak kesaksamaan bagi semua penduduk di Amerika Syarikat. Oleh itu tidak wujud golongan hamba dan bukan hamba. Abraham Lincoln sedar akan bahaya yang akan dihadapi oleh Amerika Syarikat sekiranya institusi perhambaan diteruskan dan tidak dihapuskan. Tekanan dari rakyat Amerika sendiri yang mahu menghapuskan institusi perhambaan menguatkan lagi perjuangan Abraham Lincoln. Melalui Perang Saudara yang berlaku banyak akta – akta dan inovasi baru yang dicadangkan Abraham Lincoln, menjadikan Amerika Syarikat berkembang maju. Sistem kesihatan, percukaian,perbankan, kewangan, jalan keretapi, telegram dan sebagainya telah berkembang maju dan diteruskan oleh generasi yang seterusnya. Memang tidak dinafikan bahawa perjuangan Abraham Lincoln yang pada asalnya membebaskan hamba abdi telah menjadi perjuangan menyatukan Kesatuan. Namun perjuangan menyatukan Kesatuan telah menjadi perjuagan membebaskan hamba abdi diselatan setelah ribuan rakyat termasuk hamba yang melarikan diri bertekad menghapuskan terus kerajaan Konfederasi dan menyatukan Amerika Syarikat.

Bibliografi
Bruce Dennett dan Stephen Dixon, 2000, Key Features of Modern History, South Melbourne       : Oxford Prees.
John A. Garraty, 1966, The American Nation to 1877 A History of The United States, New
            York : American Heritage Publishing co.
L. Ostergard Philip, 2009, Abraham Lincoln The Inspirational Wisdom of Abraham Lincoln,         Mumbai : Jaico Publishing,  
Matlob, 1998, Abraham Lincoln Bebaskan hamba Abdi Di Amerika, Johor Bahru : Badan             Bookstore,
Muhd. Nur Iman Ramli, 2012,  Fail Sulit Presiden Amerika, Batu Caves : PTS Publishing.
Syakila Yacob, 2005, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa,Kuala Lumpur:      Dewan Bahasa dan Pustaka,

 Jurnal /Makalah/Internet
About America : The Constitution of the United States of America with Explanatory notes, 2004, U.S Department State.
What is Democracy?, October 1991, U.S Department State.
history.howstuffworks.com



[1] Muhd. Nur Iman Ramli, Fail Sulit Presiden Amerika, Batu Caves : PTS Publishing, 2012, h. 105.
[2]L. Ostergard Philip, Abraham Lincoln The Inspirational Wisdom of Abraham Lincoln, Mumbai : Jaico Publishing,   
  2009, h. 1
[3] Matlob, Abraham Lincoln Bebaskan hamba Abdi Di Amerika, Johor Bahru : Badan Bookstore, 1992,h. 8
[4] L. Ostergard Philip, op.cit, h. 14

[5] Syakila Yacob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
   2005., h. 89.
[6] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, Key Features of Modern History, South Melbourne : Oxford Prees, 2000.,
   h. 5.
[7] Syakila Yacob, op.cit.h. 90.
[8] Ibid., h. 91
[9] John A. Garraty, The American Nation to 1877 A History of The United States, New York : American Heritage
   Publishing co, 1966., h. 383.
[10] Ibid. h. 384.
[11] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, “op.cit”., h. 83.

[12] Ibid., h. 84.
[13] Matlob, op.cit.,h. 18.
[14] Syakila Yacob, “op.cit.”h. 93.
[15] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, op.cit., h. 137
[16] Ibid.
[17] Ibid., h. 138
[18] Ibid., h. 159.
[19] Syakila Yacob, op.cit. h. 97.
[20] About America : The Constitution of the United States of America with Explanatory notes, U.S Department
    State, 2004., h. 76.
[21] Muhd. Nur Iman Ramli, op.cit. h. 106.

[22] Bruce Dennett dan Stephen Dixon, op.cit., h. 206.
[23] Syakila Yacob, op.cit. h. 101.
[24] Ibid.

Artikel dari M.Sabiq.

Orang yang dapat A dalam subjek American History USM